- Leena -
Salam jumaat kengkawan..hr ni rs mcm mood baek sket nk apdet blog..n tetiba nk share resepi plak..dr tajuk dh tau dh resepinye kan..:p..sket pye pjg title..

Masak memasak ni bersempena dengan bufdaynye En suami..aka En Rosli..pada 19hb Jan hr 2..klu nk mkn luar pyh dgn ank2 kecik..so msk kt rumah yng best sket..(best ke???)..

ok xnk cte pnjg..aku lampirkan resepi utk anda smua..


Resepi Chicken Kabsa ( adapted from Arabic Bites )




6 keping dada ayam ( sy letak 2 kpg shj… sebab sy dah asingkan ayam utk masak lain )
1 inci halia – ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam biji- di tumbuk@serbuk lada hitam
minyak zaitun + minyak sapi
3 cawan beras basmathi ( saya guna beras siam )
4 1/2 cawan air @ air stok daging – saya lebihkan sikit sebab beras siam guna lebih air… )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh garam
1 kiub ayam/ daging
1 sudu makan rempah kabsa
pewarna oren

Cara penyediaan

1. Lumurkan sedikit garam, halia yg telah ditumbuk dan serbuk lada hitam pada kepingan ayam.
2. Panaskan minyak zaitun bersama 1 sudu minyak sapi di dalam kuali non stik kemudian masukkan ayam.
3. Goreng seketika ayam tadi sehingga di luarnya agak kekuningan. Kemudian ketepikan.
4. Cuci bersih beras basmathi kemudian masukkan dalam rice cooker.
5. Masukkan 4 1/2 cawan air, garam, rempah kabsa, kiub ayam/daging, serbuk kunyit, ayam yang telah di goreng bersama minyak2nya sekali ke dalam beras basmathi.
6. Masaklah nasi seperti biasa.
7. Titikkan dengan pewarna oren apabila nasi telah kering airnya.
8. Kacau dan tutup sehingga nasi tadi betul2 masak.
9. Bila nasi telah masak, hidangkan denga sos salata Hara.

Versi dari akk potret kasih..
saya tumis minyak sapi tu bersama halia, lada hitam, sedikit bawang merah dan bawang putih hiris (tak de dlm resepi saya tambah sendiri ) dan rempah kabsa hingga wangi, kemudian masukan kepingan dada ayam yg telah dipotong2, air ( secukupnya utk masak nasi )dan serbuk kunyit… masak hingga mindidih dan gunakan lah stok ini utk masak nasi dalam rice cooker seperti biasa….

****aku guna versi akk ini..just aku tmbh 1 lagi step..ayam yang aku msk wat sup 2 aku kutip, msukkan skali dlm periuk nasi..so dia jdi mcm beriyani ayam lah..heee..senang bdk nk mkn..sedap xpedas..




Resepi rempah Kabsa ( sumber : Arabic bites )

Bahan2nya

1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili – saya skip
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh cengkih
1 sudu teh biji buah pelaga
1 sudu teh jintan kasar + jintan manis
1 sudu teh serbuk halia/ fresh halia

Cara penyediaan.

* Kisar atau tumbuk bahan2 diatas hingga lumat dan hancur, bila dah hancur bolehlah digunakan sebagai rempah utk buat masakan kabsa.



Resepi Sos Salata Hara


( source : Arabic Bites )

3 biji tomato cincang.
1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau – saya tambah

garam.

sedikit gula

Cara Penyediaan Sos Salata Hara:

* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.

** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa.

————

Selain dengan sos Salata Hara saya juga makan nasi daging kabsa ni bersama sup daging sebab anak2 dan my husband suka makan nasi berkuah so saya sediakan sup…. caranya semasa merebus daging tadi saya lebihkan sikit airnya utuk di buat sup…. ambil sedikit kuah rebusan daging tadi perisakan dengan sedikit garam kemudian taburkan pula dengan bawang goreng dan daun sup atau daun ketumbar!!! Hidangkan dengan nasi daging dan sos salata hara


Resepi Ayam Masak Tairu Berempah


Bahan2nya

1 ekor ayam ( di potong 4@12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
1 – 2 sudu makan jus limau
garam secukup rasa
1 sudu makan gula – ikut citarasa, boleh lebih atau kurang
sedikit perasa jika suka

Bahan Kisar

1 sudu makan serbuk cili ( takde saya ganti dengan 8 biji cili padi merah )
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
3/4 sudu makan biji ketumbar
3/4 sudu makan lada hitam
1/2 inci kayu manis/ 1/2 sk serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil kunyit serbuk
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 biji bunga lawang
daun ketumbar ( hiasan )

Cara penyediaan

1. Masukkan yogurt dalam blender, kemudian masukkan cili padi, jintan kasar, jintan halus, biji ketumbar, lada hitam, bawang besar, bawang putih , halia, serbuk kunyit, buah pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang.

2. Kisar semua bahan hingga hancur, kemudian satukan bahan2 yg telah di blend tadi bersama ayam dalam kuali, masaklah dengan api seherhana.

3. Jika nak kuah lebih boleh tambah sedikit air lagi dan masaklah ayam tadi sehingga dagingnya empuk.

4. Sesuaikan rasa garam, gula dan masukkan sedikit jus limau… biar ia pekat sedikit bolahlah diangkat dan dihidangkan bersama daun ketumbar.

** Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Bila susu tadi menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.


DAN aku sertakan dessert..yang ni smua org tau buat..eheh..so resepi xyahlah..:p

TRIFFLE..ni je yg tersempat n termampu nk buat..(alasan)..oklah dr xder..



ok setakat ini sj entry aku kali ini..tp nk pesan...cer try test buat nasi arab ni...kompem uoll akan buat lagi...marvelles.. nyum3.. :d

eyh terlupa nk paste...resepi nasi arab ni aku ambil dri akk POTRETKASIH ..TQ ye kak, sudi share resepi..
0 Responses