- Leena -
PISANG

Pokok pisang satu keluarga dengan pokok bunga lily dan orkid. Ia dipercayai berasal dari Malaysia lebih kurang 4,000 tahun dahulu. Sebiji pisang sehari mampu mengelakkan tekanan darah tinggi. Ia juga membantu membentuk tulang yang sihat kerana ia mengelakkan kehilangan kalsium melalui air kencing bagi mereka yang suka makanan masin. Selain itu, ia juga dapat melindungi daripada ulser perut dan membantu masalah sembelit dan penghadaman.


TEMPE

Diet orang Asia kaya dengan probiotik, misalnya tempe iaitu satu juadah popular masyarakat Melayu yang mengandungi bakteria asid laktik yang berguna untuk tubuh.

Kajian menunjukkan bakteria strain TH10 ini mampu melawan bakteria berbahaya MRSA (methilcillin resistant Staphylococcus aurues).

Malangnya, tempe semakin hari semakin dipinggirkan daripada diet harian apabila kita semakin banyak mengamalkan pemakanan Barat.

Simptom-simptom seperti penyusutan dalam kepadatan tulang dan kecekapan penyerapan mineral, senak perut, sembelit, cirit-birit, alergi makanan, migrain dan keadaan tak bermaya juga berpunca kerana kekurangan probiotik dalam usus.

Bukan setakat itu sahaja masalahnya. Kekurangan probiotik juga menyebabkan sistem imun tidak berkembang dengan baik dan ini boleh membawa kepada gangguan sistem imun, alergi dan barah. - L.Thialan, Tingkat sistem imun, Kosmo (artikel tulisan RAVICHANDRAN D.J PAUL)



*** ada pelbagai info yang anda boleh lihat dan baca di sini...sila KLIK

0 Responses