- Leena -


Pernah tak anda2 smua mendengar pokok kapal terbang...ekceli..aku pon xpernah dgor..ble kawen ni, hubby bwk balik kg baru tau nama pokok tuh, rupa pokok tuh, kegunaan pokok tuh..hehehe...

ini sedikit info yg di ambil dr WIKIPEDIA..



Pokok Kapalterbang, Pokok Jepun atau Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.

Tumbuhan ini asalnya daripada Hindi Timur, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Nama tumbuhan ini dalam Bahasa Melayu adalah Pokok Kapal Terbang, Pokok Jerman ataupun pokok Jepun. Nama-nama lain tumbuhan ini adalah Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga di guna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.

Di India, pokok ini menjadi rumai yang utama di ladang-ladang tanaman. Tumbuhan ini

menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5 hingga 6.0 meter (Bennett and Rao, 1968).


KERACUNAN

Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan α-pinen, ß-cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3'-acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.




*** tapi mengikut info mertuaku..daun ni d gunakan juge utk perap something...cthnye...perap buah ciku, pisang...utk cepat masak...hr tuh eden bwk jugak siku balik sepalstik..berbalut dgn daun ni ler..

1 Response
  1. safi Says:

    saya berminat dengan cerita kamu bolehkah saya tahu dengan lebih mendalam tentang pokok kapal terbeng ini..